SORRY GUYS BLOG TENGAH OTW NAK SIAP
ASTROPHILE

Review ; Guardian : The Lonely and Great God

Assalamualaikum semua.
Harini aku nak review cerita

Guardian : The Lonely and Great God 
atau aku panggil cerita

Goblin 

Ok, aku tahu cerita ni 2016-2017
aku baru je tengok cerita ni 2019, sebab aku rasa 2016-2017 aku busy kot haha
Btw cerita ni K-Drama. 
Related image


Rate : 9.5 / 10
First impression : Aku ingat first episode je pasal goblin terus. Rupa-rupanya, dia ada kaitan dengan zaman dulu dulu. Menarik lah jugak.

Story line dia menarik, ada 16 episod, episod 13, 14 serious aku menangis ( padahal aku jenis tak menanggis pasal movie/drama )

Setiap episod dalam 1 jam lebih, menarik kan? aku pun mula-mula ingat dalam 45 min macam drama Melayu camtu. Tapi tak, story dia penuh and penuh kejutan

Pelakon-pelakon dia semua daebakk. Goblin dengan Grim Reaper memang hensem lah, dah habis drama ni pun aku stalk kat ig, hahaha.

Scene dia penuh dengan lagu-lagu yang sesuai lah dengan scene tu. Scene romantik dia pun aku macam.... haih sweetnya, sedih.. sedih sampai menanggis :') lawak, memang ketawa lah jawab dia hahaha

Kenapa aku rate 9.5 / 10 ? 0.5 tu sebab aku tak puas dengan ending dia, aku taknak jadi spoiler untuk orang yang tak tengok lagi, tapi.... aku tak tahulah ending dia tu, goblin tu akan happy ke? even bride dia mungkin menjelma semula... tapi macam kesian goblin kena tunggu lagi.. dan tunggu.... dan dia macam lonely tau.

korang boleh tengok Drama korea dekat Kiss Asian ( so far web paling nice untuk tengok drama, movie and so on )

Btw, tu hanya pendapat aku, everyone ada pendapat masing-masing, but serious this drama memang power mainkan emosi orang yang tengok.

Have a nice day okay semua, sebab tengah cuti sem ni so macam free, aku habiskan drama goblin ni dalam 3 hari, aku dah macam burung hantu weh. hahaha, tapi worth it lah rasanya.

Jumpa lagi, nanti aku nak update pasal Universiti yang aku dah masuk lepas dah habis pengajian dekat Matrikulasi. See ya !

Assalamualaikum 😊



Image result for guardian the lonely and great god

Related image