so aku lepasan SPM 2016, result? ok ok jela, hahaha
so sekarang aku dilema tau nak pilih yang mana sama ada STPM atau MATRIKULASI
berita sedih, aku tak dapat tawaran ke tgktn 6. Actually mmg dah niat dah lepas SPM nak masuk form 6. tapi aku tak dapat tawaran, sebab aku nak amek form 6 sebab abang aku dulu bekas pelajar STPM dan dapat title " satu satunya pelajar melayu lelaki yang dapat 4flat STPM Melaka di sekolah Munshi Abdullah " hebat gak dia, hahaha.
kiranya abg aku ni macam inspirasi aku lah gitu, tapi lepas dah tahu tak dapat form6 dan kemasukan rayuan f6 lambat sebulan so datang lah rasa give up nak masuk f6
so aku dapat tawaran Matrikulasi, aku dapat KMM, program satu tahun aliran sains. Haih, bukan tak bersyukur dapat matriks, tapi orang kata masuk matriks kena tough giler.tu yang buat aku takut.
dahla subjek sains aku masa SPM semuanya C+ :') padahal aku cuba target biology atleast B . hahaha takde rezeki lah, lagipun paper spm biology 2016 memang susah tak dinafikan, bahagian subjektif yang soalan last2 tu susah, and essay jangan cakap ah semua susah doh, aku rasa aku banyak tak dapat markah kat essay kot.
aku minat biology since result trial SPM aku, aku dapat 58, c+ lah tu, nak dekat B lah kan, and paling paling tak sangka ah masetu aku nya paper 2 boleh kira tertinggi lah dlm kelas, hahahaha and semua org terkejut, sbb masa trial tu paper 2 bio ramai dapat markah rendah, and for the first time bio paper 1 aku dapat 30, sebab selalu lah subj sc selalu nya paper 1 aku dapat 29 kebawah.
okay . so bila dapat matrikulasi ni aku ragu ragu, aku takut tak boleh bawak tau, tapi ramai cakap yang dulu spm teruk tapi matriks dapat bagus2.
so aku pun cuba lah husnudzon. lagipun mak aku suruh amek matrikulasi, hahaha. semoga Allah bagi jalan yang terbaik untuk kita, Inshaallah.
kalau aku masuk matriks aku maybe akan amek modul 3, modul 1 mmg tak lah, modul 2 aku xminat sebab aku xsuka fizik, taktahu kenapa aku rasa fizik tu complicated giler. hahaha.
tapi kalau pihak matrikulasi dah bagi modul 2, aku terima jela kot Inshaallah. mmg boleh buat penukaran modul, tapi tengok lah macm mana.
untuk kawan2 or mungkin adik2 akan datang yg lepasan spm mesti ada perasaan dilema macam akak tak tahu nak pilih apa kan, so akak buat shortcut sikit.
STPM
- Belajar dekat sekolah lagi
- STPM peperiksaan ketiga tersusah di Asia
- ramai yang ambil aliran sastera drpd sains sebab dorang kata aliran sains mmg susah
- tak pack sangat sebab setahun setengah, habis STPM cuti 8 bulan cmtu
- pointer stpm ni even 2.50 lebih tinggi drpd matrikulasi yg 3.0
- banyak U yang suka pilih budak budak STPM
- sijil STPM setaraf diploma, so after STPM terus masuk degree
- sijil STPM ni sangat LAKU DI PASARAN okay, jangan pandang rendah
- sijil STPM boleh digunakan untuk kerja
- murah, yuran sekolah je and lain2
MATRIKULASI
- pembelajaran dalam kelas which cikgu lebih beri tumpuan dkt sorang2
- macam fast track gitu
- setaraf diploma jugak means lepas matrikulasi terus masuk degree
- pembelajaran yang pack
- belajar SETAHUN dan DUA TAHUN , tapi selalunya aliran sains ramai dapat setahun which is me :)
- dapat elaun, satu semester RM1250
- ramai cakap matrikulasi tinggalkan kenangan terindah ( based on researched aku )
- sijil matrikulasi ni TAK BOLEH DIGUNAKAN UTK KERJA
- lepas matriks terus sambung degree
- matriks pun ramai masuk U
- kalau pointer selalu rendah nanti kena kick drpd matriks dan kena start ALL OVER AGAIN, but aku baca dia kata kalau satu tahun punya pointer rendah dorang tawarkan ke dua tahun.
- sini mmg kena rajin and tk payah cinta2 bagai
- yuran pendaftaran murah
DIPLOMA
- diploma ni lama lebih kurang 2-3 tahun
- boleh leka leka sikit, hahaha
- bayaran mahal ( pinjam PTPTN, tapi abg aku cakap dia x amek diploma sebab xnak hutang masa muda2 ni, lagipun nak masuk degree nanti susah kalau banyak hutang )
- pembelajaran pun tenang je
- dapat rasa suasana U waktu muda muda ni hehe
ASASI
- sijil diploma BOLEH DIGUNAKAN UNTUK KERJA
- asasi ni macam matriks gak kut, SETAHUN macm tu
- untuk budak2 pandai, selalunya 5A keatas
- dapat rasa dudk U masa muda2 ni
- belajar laju
- bayaran rasanya mahal jugak
ok tu saja, CONCLUSION, aku lebih banyak buat research pasal STPM ngan MATRIKULASI.
tapi aku harap apa yang aku cakap tu betul sebab tu basic dalam kepala otak aku ni ha. kalau salah mohon maafkan sayaaaaa :')
sebenarnya, semua pasal belajar SEMUANYA BAIK, takde pun KEBURUKAN, sebab apa? sebab kita nak MENUNTUT ILMU, dalam ISLAM pun digalakkan kita untuk MENUNTUT ILMU SAMPAI LAH AKHIR HAYAT KITA.
so guys, belajar lah, yang mana tak mampu tu jangan give up, kawan aku yang dapat result macam aku pun dia kata dia nak kerja dulu cari duit untuk study.
apapun guys kalau baca ni tolonglah doakan aku okay, nanti kalau aku masuk matrikulasi, aku akan cerita kisah2 aku kat matriks, aku harap semuanya baik baik je :') tapi lepas habis matrikulasi lah ye, sebab masuk matriks ni mmg aku nak fokus giler2
apa apapun JANGAN GIVE UP. i wish u all can do the best.
minta maaf atas salah silap.
tq.
sama lah mcm saye skrg ni confused lah stpm ke matrikulasi,tapi saye dh terima matrikulasi tapi still harap dpt twrn stpm sbb skrg ni stpm still tak leh cek ☹️
ReplyDeleteya allah sama mcm saya :( tp tringin sngt nk msuk f6.sblum dpt matrik mmg tkterfikir nk prgi matrik,nk msuk f6 dri dlu.tp kena jwb sblum 8june,sy pun terima tawaran wlau belum hbis fikir.skrangni srs rasa nk f6 balik :(
DeleteMatriks easier to get into UNI than STPM.
DeleteStick to Matriks!
hi may i know why? a lot says its easier with f6, but u said matriks? explain pleaseeeeee
DeleteNo. Ofc not. F6 graduates are more like to be choosen by most of Universities. Jgn pndg rendah even Universiti Malaya pun bnyk terima tau f6. Actually bukan semua org yg teruk SPM je masuk f6,rmai juga yg elok SPM choose f6 mostly sbb financial prob je. Lg satu f6 mmg lagi ssh sbb tu f6 graduate yg pointer low pun senang dpt U brbndg matriks which klau kau buat je x cantek,terus kne campak program 2 tahun,klau x kena kick dr matriks. Stpm punya pointer dia ikut average setiap sem which means great bcs boleh ajr kita to be more dispilin and x leka selalu. Tapi kalau la kau punya kesedaran lmbat sgt nk muncul😂xpe,kau boleh repeat exam. Nnti time kira average dia x tayang pun result kau yg first cane. Dia pilih result yg terbaik. Oh ye one more thing,repeat paper ni khas for exam sem 1 n sem 2 je tau. Sem 3 kne buat habis baik sbb no repeat paper. Ak rse even f6 ssh,okay lah sbb 1 tahun setengah. Insya Allah boleh. Patutnya bila dh masuk alam uni(pre-u?) dh xde main2. Sendri kne fikir la masa depan sndri right? Mana2 pun x penting sgt lah. Sebenarnya what's more important is dri kita sndri. Wether kita nak usaha sehabis baik atau still nak berhoneymoon huha2. Got it?✨
Delete👌👌👌👌👌 terima kasih ka
ReplyDelete